Sabtu, 19 Jun 2010

APA YANG KITA CARI???

Kenangan indah zaman persekolahan tidak dapat aku lupakan. Aku seorang pelajar yang agak skema bagi pelajar-pelajar lain. Aku lebih banyak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan berbanding melanggarnya. Aku terlalu takut untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang sekolah. Walaupun aku bukan pengawas, tetapi aku memang seorang pelajar yang tidak pernah mempunyai masalah disiplin di sekolah. Boleh diperkatakan aku ini antara pelajar yang disenangi oleh guru-guru. Ibu bapa aku juga tidak pernah dipanggil untuk permasalahan aku di sekolah seperti sesetengah pelajar. Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar yang kian menular juga tidak pernah membabitkan aku. Aku tidak bergaul dengan pelajar yang bermasalah. Aku antara pelajar yang hanya membuat hal aku sendiri. Aku juga antara pelajar yang tidak bergaul dengan pelajar yang berlainan jantina, kerana bimbang akan terdedah dengan pergaulan bebas. Aku adalah aku. Jadi aku tahu apa yang patut aku lakukan dalam menjalani kehidupan aku ini. Perjalanan aku sebagai pelajar, bagi segelintir pelajar adalah tidak menyeronokkan. Namun, aku tidak menganggapnya begitu, kerana aku tahu setiap orang ada pengalaman tersendiri berdasarkan cara mereka. Fahamkah apa yang aku sedang perkatakan? Walaupun kekadang aku sering pertikai apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku tahu aku setanding semua orang di dunia ini.
Selain itu, aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia bagi aku, walaupun ada pergaduhan yang sering melanda keluarga aku. Bagi aku itu lumrah dalam sebuah keluarga yang ingin dibina. Seperti kata pepatah “sedangkan lidah lagi tergigit”. Adakah kalian mengerti apa yang aku perkatakan? Terpulanglah kepada setiap manusia menilai sesebuah penghidupan. Aku masih seorang yang terlalu takut untuk berdepan dengan orang ramai. Tetapi aku belajar untuk berdepan dengan masyarakat, walaupun aku tersangat gugup. Aku selalu fikir ramai orang dekat dunia ini yang lagi teruk daripada aku. Kenapa aku mesti takut? Aku cuba yakinkan diri ini. Aku masih tidak mengerti apa yang aku fikirkan. Adakah kalian tahu apa yang aku ingin tulis? Pasti tidak kerana orang yang sedang menulis ini juga tidak bisa mengerti seutuhnya. Mungkin aku seorang yang penakut, tetapi aku masih seorang manusia yang diciptakan hati dan akal untuk mengawal segala kehidupan, begitu juga kalian. Ada banyak benda yang kadang-kadang kita tidak dapat jelaskan kepada ibu bapa kita. Hal ini terjadi kerana ibu bapa tidak cuba ingin mengerti akan anak-anak. Aku percaya setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan manusia itu bermula dari rumah iaitu sebuah keluarga yang terbentuk.
Banyak sangat apa yang aku tulis. Pasti yang pening akan makin pening. Pasti yang tidak gila boleh jadi gila. Terpulang kepada manusia untuk menilai sesuatu. Jika kalian memandang sesuatu dalam keadaan positif, maka positiflah hasilnya. Manakala manusia yang memandangnya secara negatif akan mendapat jawapan dalam keadaan negatif. Itulah kehidupan. Katalah “AKU BOLEH!!!”. Pasti kalian boleh. Mungkin lebih berjaya daripada orang yang berjaya. Kita manusia, Allah adalah tuhan Yang Maha Adil, maka diciptakan manusia itu dengan pelbagai kelebihan tersendiri. Kitalah membentuk kelebihan itu sebaiknya.
WASSALAM.........................nurasul-cintailahi

GERSANG JIWA


Jika gurun sahara kering kontang tanpa air,
Jika ribut taufan menutup rezeki nelayan,
Jika kesesakan lalu lintas menyesakkan jiwa,
Jika segala yang terjadi di bumi terasa sukar.

Sesungguhnya alam yang terjadi adalah ketentuan,
Hanya Allah Yang Maha Agung yang mengetahui segala-Nya,
Kita hanya insan kerdil yang harus redha,
Pasti adanya hikmah bagi setiap kejadian.

Andai hati ini bisa menerima dengan rela,
Nescaya Ilahi pasti sayangi kita,
Jiwa juga tidak berani untuk gersang,
Kerana hidup memilih untuk terima segala kehendak-Nya.

Gersangnya jiwa ini tanpa pegangan,
Tiada tiang yang kita pegang,
Tiada tembok yang kita bina,
Pastinya hati akan terus kering kontang.

Zikir dan doa dibibir,
Hanya ini dapat membungakan hati,
Tiada lagi hati yang gersang,
Selagi hidup mencari redha Ilahi.