Rabu, 6 Oktober 2010

KENANGAN YANG TIDAK HILANG


Semakin usia ini meningkat, semakin banyak yang aku bisa mengerti, semakin takut aku menghadapi hidup, semakin banyak yang aku cari. Semua ini hanya untuk kepuasan yang aku sendiri pun tidak tahu sampai bila aku dapat cari kepuasan itu. Kenangan yang banyak, bukan makin hilang dan kelam tetapi makin utuh di fikiran. 
Inilah permulaan aku mula menuntut ilmu. Bertemu teman-teman baru. Bertemu insan yang menjadi pendidik kepada diriku. Banyak yang aku mula di sini, walaupun perjalanan aku di sini tidak terlalu lama.
Mengimbau kenangan bersama teman-teman membuatkan aku terlalu bahagia. Kenangan yang pernah terjadi dalam diri ini mungkin tidak mampu aku lupakan. 

KAKI INI LEKA!!!

Kaki ini leka melangkah tanpa menghirau apa yang terjadi di belakang kita. Setiap kali kita mula melangkah, pernahkah kita terfikir apa yang kita ingin mulakan? Di mana kita letakkan anggota yang Allah SWT berikan? Adakah kita guna ia sebaik mungkin? Fikir dan renungkanlah seutuhnya... Kadang-kala kita buta melihat dunia, walaupun mata kita celik. Alpa melihat kepentingan dunia, hingga bimbang hal dunia melebihi akhirat. Pernah tak kita rasa sebegitu? Fikirlah kerana akal yang tercipta untuk kita guna bukan simpan. Bandingkanlah diri kita dengan selemah-lemah makhluk untuk rasa bersyukur. Tetapi, bandingkanlah diri ini dengan sehebat-hebat makhluk untuk jadi yang lebih baik dan beriman kepada Yang Maha Kuasa. 

Jumaat, 27 Ogos 2010

PEMBUANGAN BAYI...salah siapa???

Pertanyaan yang mungkin akan menjadi suatu isu hangat di kalangan generasi sekarang. Terlalu banyak yang menyiarkan mengenai kes ini. Saat membaca mengenai apa yang terjadi di negara yang dianggap aman oleh seluruh masyarakatnya sebenarnya tidak. Masakan aman seperti ini, insan yang tidak berdosa dibuang, dibunuh dan banyak lagi. Semua yang menimpa negara suatu petanda bahawa betapa teruknya gejala sosial yang melanda jiwa anak bangsa Malaysia. Mungkin fokus ini terhadap pembuangan bayi, namun jika dilihat dari segi umum kita boleh melihat segala ini terjadi dari sekecil-kecil peristiwa dahulu. Mari kita hayati seketika dan renunglah dengan iman di hati.
“Lantaran perkenalan dua insan yang aku berikan nama Yus dan Mazni yang membawa kepada istilah lagi hebat ‘couple’. Wow! Sudah dapat gelaran yang terbaik bagi dua sejoli ini. Ke hulu ke hilir tidak pernah lekang semenjak kenalan pertama mereka. Permulaan perkenalan si dara, Mazni masih malu-malu seperti perempuan Melayu terakhir. Si teruna, Yus pula lemah-lembut mejaga hati si dara bimbang akan sensitif (biasalah perempuan). Perkenalan yang agak lama, mungkin hampir berbulan juga mereka mula berkepit, pegang tangan, berpeluk tampar dan banyak lagi pekara terlarang yang mereka lakukan kerana selalu bertemu. Namun, tuhan menciptakan manusia ini dengan nafsu. Berbohonglah orang yang mengatakan dia tidak pernah tergoda. Macam mana boleh pegang tangan kalau tidak tergoda? Hmmm... Akhir permulaan baru bagi kisah Mazni dan Yus yang telah menjalinkan hubungan yang lebih serius iaitu suatu yang tidak wajar dilakukan oleh insan yang belum dijab kabulkan. Mereka menyatakan ini sebagai bukti cinta sejati, berkorban jiwa dan raga.”
Renunglah wahai teman, apa pula yang bakal terjadi. Telah berapa dosa yang aku nyatakan di dalam cerita pendek itu :
- Bercinta, apa hukumnya? (terlalu banyak pendapat, aku juga tidak mampu mengulasnya)
- Bersentuh lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya.
- Melakukan perkara yang dilarang Allah SWT.
Hmmm...orang pasti akan jawab “Ini perkara biasalah, selalu jer tunjuk kat media”. Apa perasaan insan yang begitu prihatin terhadap gejala ini? Sedih mereka. Lanjutkan cerita tadi.
“Cinta yang mereka buktikan, telah betul-betul terbukti dengan wujudnya seorang insan di dalam perut Mazni. Adakah lelaki mahu bertanggungjawab? Berapa ramai lelaki yang mengaku itu anak mereka setelah berlaku perkara sebegini? Yang pastinya, bila semua ini lelaki melarikan diri dan perempuan menanggung malu. Jadi apa yang akhirnya mereka lakukan? Tidak mustahil mereka akan melakukan dosa yang seterusnya iaitu membuang anak, menggugurkan anak dan sebagainya. Maka Mazni mungkin juga melakukan perkara yang sama seperti orang lain setelah dia membuat kesalahan sebelumnya dan terus melakukan kesalahan. Manakala Yus juga sama, namun aibnya lebih kepada golongan wanita.”
Jika difikirkan sematang-matangnya, kita akan sedar segala sesuatu itu bermula dari permulaan yang kecil. Api yang kecil juga boleh bertukar menjadi besar. Manusia juga membesar. Tumbuhan, haiwan dan banyak lagi benda di dunia ini akan sentiasa berubah.

Siapa yang patut dipersalahkan? Tanyalah diri anda masing-masing supaya anda bisa menilai apa yang sepatutnya. Sesungguhnya Allah SWT ciptakan akal fikiran untuk kita gunakan ke arah berfikir, namun diberi seketul daging yang dikenali sebagai hati untuk berfikir melalui akal dan hati yang penuh iman. Sebaik-baik tindakan adalah berpandukan ajaran agama Allah SWT yang disampaikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Rabu, 4 Ogos 2010

AIR TEH DAN ARAK!!!

Salam Ukhwah buat semua...
Apa pula tajuk yang ingin saya bualkan??? Hanya bualan kosong tapi diharap punya intipati yang luar biasa bagi renungan semua. Bukan melekehkan ramai orang tapi menyedarkan diri sendiri tentang kelalaian hidup yang mengejar duniawi semata-mata.
Sehari yang lalu, aku telah pergi ke konsert yang dianjurkan oleh universiti. Aku mengagumi tajuk yang dipaparkan, tapi aku merasakan hasilnya tidak seberapa. Motif memberi kesedaran kepada anak-anak bangsa tentang kekejaman Israel bagai tiada apa-apa dalam jiwa. Itulah saat yang aku rasakan ketika pergi. Ramai yang hanya perkatakan tentang kehadiran artis-artis jemputan berbanding motif sebenar konsert itu diadakan.
Ini hanyalah sebuah pendapat yang boleh difikir bersama. Hmmm...apa kaitan pula dengan tajuk teh dan arak yang ingin aku perkatakan ini.
Mari aku perjelaskan sedikit dan ia hanya sebuah pendangan anak remaja yang baru ingin belajar mengenal dunia untuk dikaitkan dengan akhirat. Air teh amat terkenal di Malaysia, terutama teh tarik yang amat disukai oleh seantero rakyat Malaysia. Teh juga sudah menjadi satu motif untuk mengenali Malaysia di mata dunia. Semua sedia maklum, teh merupakan minuman yang halal diminum. Manakala, penduduk dunia juga amat mengetahui arak merupakan minuman yang haram diminum oleh seorang muslim. Malah, ahli perubatan juga menyatakan arak tidak elok untuk kesihatan. Bukan cerita itu yang ingin dihuraikan, tapi fikirlah jika teh dicampurkan dengan arak. Hukumnya ternyata haram untuk seorang muslim meminumnya.
Jadi mari kita fikir sejenak sesuatu yang halal kita campurkan yang haram, pastinya jawapannya haram, kan??? Fikir dengan mata hati yang punya iman, bukan hanya berfikir dengan logik akal semata-mata. Anak-anak kini hanya fikir untuk tarik anak muda dengan hiburan saja, maka sampai bila pun anak muda lebih melihat hiburan teru-menberus tanpa halangan.
Aku bukanlah seorang yang hebat, tapi aku juga ingin kita sama-sama membawa generasi kita ke arah yang terbaik. Bagaimana ingin kita bentuk sahsiah orang lain tanpa ada perubahan sahsiah yang baik dalam diri sendiri. Semoga kita sama-sama bisa berjuang. Jangan biarkan orang meletakkan arak ke dalam teh yang kita minum.

Sabtu, 19 Jun 2010

APA YANG KITA CARI???

Kenangan indah zaman persekolahan tidak dapat aku lupakan. Aku seorang pelajar yang agak skema bagi pelajar-pelajar lain. Aku lebih banyak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan berbanding melanggarnya. Aku terlalu takut untuk melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang sekolah. Walaupun aku bukan pengawas, tetapi aku memang seorang pelajar yang tidak pernah mempunyai masalah disiplin di sekolah. Boleh diperkatakan aku ini antara pelajar yang disenangi oleh guru-guru. Ibu bapa aku juga tidak pernah dipanggil untuk permasalahan aku di sekolah seperti sesetengah pelajar. Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar yang kian menular juga tidak pernah membabitkan aku. Aku tidak bergaul dengan pelajar yang bermasalah. Aku antara pelajar yang hanya membuat hal aku sendiri. Aku juga antara pelajar yang tidak bergaul dengan pelajar yang berlainan jantina, kerana bimbang akan terdedah dengan pergaulan bebas. Aku adalah aku. Jadi aku tahu apa yang patut aku lakukan dalam menjalani kehidupan aku ini. Perjalanan aku sebagai pelajar, bagi segelintir pelajar adalah tidak menyeronokkan. Namun, aku tidak menganggapnya begitu, kerana aku tahu setiap orang ada pengalaman tersendiri berdasarkan cara mereka. Fahamkah apa yang aku sedang perkatakan? Walaupun kekadang aku sering pertikai apa yang berlaku dalam hidup aku. Aku tahu aku setanding semua orang di dunia ini.
Selain itu, aku memiliki sebuah keluarga yang bahagia bagi aku, walaupun ada pergaduhan yang sering melanda keluarga aku. Bagi aku itu lumrah dalam sebuah keluarga yang ingin dibina. Seperti kata pepatah “sedangkan lidah lagi tergigit”. Adakah kalian mengerti apa yang aku perkatakan? Terpulanglah kepada setiap manusia menilai sesebuah penghidupan. Aku masih seorang yang terlalu takut untuk berdepan dengan orang ramai. Tetapi aku belajar untuk berdepan dengan masyarakat, walaupun aku tersangat gugup. Aku selalu fikir ramai orang dekat dunia ini yang lagi teruk daripada aku. Kenapa aku mesti takut? Aku cuba yakinkan diri ini. Aku masih tidak mengerti apa yang aku fikirkan. Adakah kalian tahu apa yang aku ingin tulis? Pasti tidak kerana orang yang sedang menulis ini juga tidak bisa mengerti seutuhnya. Mungkin aku seorang yang penakut, tetapi aku masih seorang manusia yang diciptakan hati dan akal untuk mengawal segala kehidupan, begitu juga kalian. Ada banyak benda yang kadang-kadang kita tidak dapat jelaskan kepada ibu bapa kita. Hal ini terjadi kerana ibu bapa tidak cuba ingin mengerti akan anak-anak. Aku percaya setiap sesuatu yang terjadi dalam kehidupan manusia itu bermula dari rumah iaitu sebuah keluarga yang terbentuk.
Banyak sangat apa yang aku tulis. Pasti yang pening akan makin pening. Pasti yang tidak gila boleh jadi gila. Terpulang kepada manusia untuk menilai sesuatu. Jika kalian memandang sesuatu dalam keadaan positif, maka positiflah hasilnya. Manakala manusia yang memandangnya secara negatif akan mendapat jawapan dalam keadaan negatif. Itulah kehidupan. Katalah “AKU BOLEH!!!”. Pasti kalian boleh. Mungkin lebih berjaya daripada orang yang berjaya. Kita manusia, Allah adalah tuhan Yang Maha Adil, maka diciptakan manusia itu dengan pelbagai kelebihan tersendiri. Kitalah membentuk kelebihan itu sebaiknya.
WASSALAM.........................nurasul-cintailahi

GERSANG JIWA


Jika gurun sahara kering kontang tanpa air,
Jika ribut taufan menutup rezeki nelayan,
Jika kesesakan lalu lintas menyesakkan jiwa,
Jika segala yang terjadi di bumi terasa sukar.

Sesungguhnya alam yang terjadi adalah ketentuan,
Hanya Allah Yang Maha Agung yang mengetahui segala-Nya,
Kita hanya insan kerdil yang harus redha,
Pasti adanya hikmah bagi setiap kejadian.

Andai hati ini bisa menerima dengan rela,
Nescaya Ilahi pasti sayangi kita,
Jiwa juga tidak berani untuk gersang,
Kerana hidup memilih untuk terima segala kehendak-Nya.

Gersangnya jiwa ini tanpa pegangan,
Tiada tiang yang kita pegang,
Tiada tembok yang kita bina,
Pastinya hati akan terus kering kontang.

Zikir dan doa dibibir,
Hanya ini dapat membungakan hati,
Tiada lagi hati yang gersang,
Selagi hidup mencari redha Ilahi.

Jumaat, 29 Januari 2010

MANA KASUT AKU INI???

     Mana kasut aku??? Hmmm...tak habis-habis cerita pasal kasut. Tiada topik lain ke ingin dibualkan. Entahlah...rasanya cerita pasal kasut ini terlalu banyak yang boleh kita bualkan. Bukan hanya memakainya saja, tetapi boleh menghayati pelbagai pengajaran. Hari ini minda ini terlintas untuk berbicara lagi walaupun sedikit ingin aku kongsi bersama. 
     Setiap kali kaki ini melangkah, pastinya kasut sentiasa dipakai untuk menjaga keselamatan diri. Sekarang ini orang asli pun sudah pakai kasut, jadi kasut itu begitu important bagi semua orang. Hehehehe... Tidak kira sama ada penting atau tidak bagi kalian semua, tetapi bagi diri ini umpama bekalan yang perlu disediakan sebelum mengadap Allah. Kenapa saya kata begini??? Pelik!!!
     Entahlah...tetapi kaki kita yang seharian melangkah ini harus mencari pahala dan meninggalkan dosa. Setiap perjalanan kita itu perlu diambil bekalannya. Langkah kita selamat jika mempunyai kasut yang mengalas tapak kaki dan semakin selamat jika membawa beg yang terisi barangan keperluan untuk perjalanan sebagai musafir. Begitu juga kita boleh umpamakan kasut dan beg ini seperti iman dan taqwa. Kaki selamat kerana ada kasut (iman) dan beg yang punya kelengkapan (taqwa).
     Betul ke apa yang saya tulis ini??? Fikirlah sendiri... Kita semua diciptakan akal untuk digunakan sebaik mungkin. Perjalanan hidup aku masih panjang, kaki ini akan terus melangkah dengan iman di dada sebagai benteng mempertahankan diri dan akan terus mencari bekalan akhirat jadi taqwa akan sentiasa mengikuti iman agar tidak tersasar pilihan hidup ini.
     Jadi adakah kasut dan beg@bakul boleh berkawan???HEHEHE... 
     Jangan difikir sangat benda yang merepek ini...ambillah pengajaran dari sesuatu yang baik saja...

SAHABAT DIMANA DIKAU???

     Teman maafkan aku kerana pergi aku tanpa khabar. Hilangnya aku dari pandangan kau tanpa satu ucapan pun. Usia aku terlalu muda untuk menilai sebuah persahabatan yang pernah aku ikat dulu. Tetapi kini, saat usia aku kian mencecah 20-an, aku masih tidak mampu melupakan kenangan kita bersama. Aku masih rasa bersalah. Aku ingin bersua muka dengan kau walaupun hanya seketika. Aku harap kau sihat sentiasa. Maafkan aku kerana tidak bisa menjaga kau sebaik mungkin. Aku harap kau sentiasa jaga kesihatan kau. Jangan banyak berlari dan makan makanan yang berkhasiat. Aku akan kenangkan diri kau sebagai teman yang hebat. Aku sayang akan hubungan yang pernah terjalin antara kita selama ini. Aku tidak akan putus asa untuk berdoa supaya suatu hari kelak Allah akan pertemukan kita. Aku rindu kau!!!


     Nama kau akan tersemat di hati. Aku akan setia pada janjiku. Kau pernah rindu akan aku tak? Hmmm… Aku tanya saja. Aku hargai perkenalan kita walaupun singkat. Cinta yang aku bina akan aku letakkan Allah ditempat utama supaya Allah akan redhai kasih yang aku lahirkan untuk kau. Adakah kau ingat lagi nama aku? Kau ingat lagi kenangan kita bersama. Sudah lama kita tidak bertemu. Adakah Allah akan pertemukan kita untuk kali kedua? Hanya pertanyaan yang tiada jawapan lagi. Naluri hati ini tidak bisa berbohong yang kasih dan rindu aku kepada diri kau begitu mendalam.

     Aku berjanji akan menjaga kau, andai Allah pertemukan kita lagi. Aku rela gadaikan nyawa ini untuk buktikan kasih sayang aku kepada kau. Kau bukan insan biasa dalam hati aku. Kau teman yang hebat. Saat tiada sesiapa yang suka berkawan dengan aku, kau hadir menjadi teman yang rapat. Sedangkan, mereka pula berusaha memisahkan aku dengan kau. Ingat tak lagi? Aku harap kau ingat semua itu. Hmmm… Maaf kerana selalu mengeluh. “ALLAH…ALLAH…ALLAH…pertemukanlah kami. Aku rindu akan dia. Aku sayang dia. Ya Allah, salahkah aku mengingatinya sebagai sahabat. Pergiku dulu tanpa bicara. Rasa bersalah selalu ada dilubuk hati ini.”


Jumaat, 1 Januari 2010

CINTA PILIHAN KITA

CINTA PILIHAN KITA
Cerita apa, hah??? Pertanyaan yang membuat aku mula berkerut dahi ini. Hehehe…terasa lucu pula. Masih tiada idea di akal yang waras aku ini. Saat tangan aku tiada pada keyboard ini, banyak pula ilham untuk aku menulis. Hmmm…hairan sungguh aku!!!
#$#$!$%^&!$%^!&^&^#*!&(*_)((*_)+(&#!*^#%!^……
Sudah blur akal aku memikir idea. Apa kata aku buat cerita? Anak muda masa kini hanya suka cerita kisah cintan-cintun saja. Entahlah, kenapa? Aku pun hairan. Apa yang mereka tahu tentang cinta? Apa yang unik tentang cinta mereka? Apa yang membara di hati mereka? Entahlah… Hanya mereka yang tahu. Siapa pula aku untuk mempertikai cinta mereka? Apa hak aku untuk menghalang mereka?
Tiada apa jawapan aku dari setiap pertanyaan ini. Aku insan biasa yang hanya suka berfikir tentang manusia. Kenapa manusia mencintai manusia lebih dari mencintahi pencipta-Nya? Hehehe… Pertanyaan lagi. Letih orang mendengar pertanyaan demi pertanyaan tanpa satu pun jawapan. Fikirlah beramai-ramai. Sia-sialah Allah memberi akal fikiran, jika kita tidak menggunakannya sebaik mungkin. Betul tak?
CINTA??? Siapa yang kita cinta? Kenapa kita bercinta? Hanya kita yang tahu dan Ilahi yang lebih mengetahui. Bukan menyindir sesiapa, tetapi peringatan kepada diri sendiri yang kerdil mengenal cinta.
Namun, hadirku mengajak kita semua mencari cinta yang kekal. CINTA KEKAL? Ada ke? Sudah tentulah ada kerana di dunia ini ada pencipta yang sifatnya kekal iaitu ALLAH S.W.T. Renungkanlah setiap baris ayat ini agar kita mampu mengerti.
Cinta terulung itu milik Allah. Cinta hakiki itu dari Ilahi. Cinta yang tida mati pastinya dari Yang Maha Kuasa. Tiada taranya cinta-Nya kepada manusia. Bukan itu saja, kekasih Allah iaitu Rasulullah pemimpin seluruh masyarakat dunia juga mencintai kita sehebat kasih tuhan. Tetapi pernahkah kita mencintai Allah dan rasul sehebat itu? Nabi Muhammad S.A.W sehingga akhir hayatnya hanya menyebut perkataan “umati…umati…umati…” Lihatlah bertapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita semua.
Sayang sekali, kita hanya tahu mencintai dengan nafsu. Berkasih-sayang tanpa redha Ilahi. Mana kasih kita kepada agama? Pernahkah kita terfikir? Bertubi soalan yang keluar dibenak hati ini, namun jawapan masih menyepi. Hanya seribu satu alas an yang keluar dari bibir kita.
Sedarlah, mendekati zina itu sesuatu yang dilarang jadi fikirlah dengan mata hati yang berlandaskan syariat Islamiah bukan nafsu semata-mata. Jawapan hanya ada dalam diri kita. Jangan biar alas an bermaharajalela untuk menutup kesalahan diri. Pesanan ini bukan hanya untuk kalian, tetapi kepada diri aku yang kerdil dalam menimba ilmu Allah di muka dunia.

AKAL BERFIKIR???


Subhanallah…
Keagungan Allah S.W.T itu tiada tandingnya. Pujian hanya untuk Yang Maha Esa. Kenapa manusia tidak pernah memikirkan kekuatan yang tuhan tunjukkan ini dengan sesungguh hati mereka? Hari ini atau hari berikutnya, aku bukan ingin bersandiwara tetapi ingin membawa minda kita ini melihat anugerah Allah yang hebat dan tiada taranya ini.
Langkah aku hari ini tidaklah jauh, tetapi ilmu yang aku dapat hari ini membuatkan aku terfikir akan takdir yang berlaku kepada diri ini. Saat diri meminta kemudahan daripada Allah, tiba-tiba Allah berikan kesukaran. Pernahkah kita terfikir kenapa itu yang terjadi? Sebenarnya, kesukaran yang Allah ciptakan itu hasil daripada doa yang kita pinta supaya dipermudahkan urusan. Percaya atau tidak? Renung-renungkanlah…
Jika manusia tidak diberikan tekanan, bagaimana manusia ingin menjadi orang yang kuat dalam mengharungi hidup di dunia ini? Pernahkah terfikir dek akal kita ini? Kenapalah cetek sangat akal kita bila berfikir? Sedangkan sang rama-rama yang ingin keluar dari kepompongnya pun harus berusaha gigih untuk keluar untuk menjadi rama-rama yang hebat. Jika saat itu, ada insane yang cuba membantu membuka kepompongnya nescaya rama-rama yang keluar tidak akan sempurna dirinya.
Percaya atau tidak? Cubalah buka kepompong rama-rama, kalian semua akan tahu jawapannya. Semua makhluk tuhan di muka bumi ini penuh dengan keunikan masing-masing. Jadi hargailah apa yang telah Allah S.W.T berikan. Hmmm…keluhan kita seharian bila menghadapi dugaan yang sebenarnya mampu kita tangani kerana Allah S.W.T selalu menguji dengan ujian yang standing dengan hamba-Nya itu.
Syukurilah nikmat tuhan itu. Aku hanya hamba kerdil yang mencari redha Ilahi. Bagaimana dengan kalian semua? Mungkin banyak pertanyaan dalam penulisan ini, tapi jawapannya hanya ada pada kita. Jika Islam benteng hidup kita…InsyaAllah jawapan kita pasti berpanduankan syariat tetapi kalau Islam hanya hiasan bibir semata-mata nescaya jawapan kita juga berbeza. Setiap ini punya akal untuk berfikir, jadi buatlah sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Salahkah jika aku menjadi teman yang saling mengingati sesame manusia? Supaya kelak di syurga Firdausi kita akan bertemu dalam senyum riang mengadap Ilahi. AMIN…