Kita manusia yang tercipta di muka bumi ini sebagai khalifah. Kewujudan kita adalah untuk taat kepada Allah SWT. Walaupun kita hanya tercipta dari segumpal tanah dan setitik air mani, namun Allah SWT telah takdirkan kita begitu mulia berbanding makhluk-Nya yang lain.Subbahanallah...Allah SWT sesungguhnya hebat, tetapi kita sering alpa dengan segala keistimewaan yang diberikan sementara buat kita sebagai bekalan menuju akhirat. Kita tidak pernah memikirkan mati, kiamat, apa saja yang buruk tentang kehidupan. Kita hanya ingin yang indah-indah saja berlaku dalam kehidupan kita. Sekali kita ditimpa susah, kita menyalahkan Allah SWT seteruk-teruknya. Itulah kita manusia. Menghitung hari, kita hanya ingin kesenangan. Bila diberi secebis kesenangan, kita lupa diri. Banyak yang buruk dari yang baiknya tentang kita. Namun martabat kita disisi Allah SWT itu teramat tinggi dan mulia seperti junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi kekasih Allah SWT.
Manusia yang cinta akan Allah itu sukar di cari. Hidup manusia kini hanya mencari kebendaan. Quran dan hadis hanya menjadi permainan buat manusia di dunia. Sesungguhnya cinta Allah yang hakiki dan abadi. Namun manusia sering alpa dan mengikut hawa nafsu semata-mata. Semoga rahmat Allah sentiasa ada kepada hamba-Nya. Amin... Ungkapan yang membawa seribu rahmat dan tanda syukur manusia kepada Sang Pencipta.
Rabu, 16 Februari 2011
Kenapa umat muslim suka fesyen orang bodoh????
Kenapa orang muslim suka fesyen orang bodoh? Dari kepala sampai ke kaki meniru budaya barat dan bukan muslim. Berapa banyak pereka fesyen dunia yang memperagakan pakaian muslim adalah pereka bukan muslim? Kenapa kita ingin pakai pakaian muslim yang direka oleh orang bukan muslim?Mereka rosakkan kita dengan pakaian mereka. Pakai tudung seperti tidak pakai mana tidaknya rambutnya terjuntai dibelakang ataupun di depan, sanggulnya tinggi seperti sabda Rasulullah SAW bagai bonggol unta (dah teringin sangat nak jadi unta ke???), pakaiannya jarang hingga nampak apa yang tidak patut, kekadang yang memakai inner ketatnya bukan kepalang maka nampak juga bentuk tubuh yang mengiurkan dan banyak lagi fi'il orang bukan Islam jadi ikutan.
Fesyen orang bodoh? Jahil itu bodohkan? Jadi pakaian sebegitu hanya pakaian orang zaman jahiliyah, namun anak-anak muda sekarang yang punya ilmu tapi bodoh. Kerana apa? Fesyen orang bodoh yang mereka ikut, maka bodohlah mereka. Pernahkah kita dengar firman Allah SWT "Seseorang yang mengikut cara kafir, maka kafirlah ia" (lebih kurang gitulah...HARAP MAAF JIKA SALAH) Jadi jika ikutan orang jahil yang kita ikut, maka jahil jugalah kita. Fikir dan renung.
"Bukan mengutuk sesiapa, tetapi memberi nasihat kepada diri sendiri dan orang lain yang ingin mencari redha Allah, cantik dipandang manusia, tetapi HODOH dipandang Allah SWT...apa gunanya??"
PERHATIAN : Bukan orang bijak pandai tentang agama, tetapi insan yang sayangkan golongan hawa seutuh hati. Jika ingin ke syurga ingin bersama semuanya, bukan sendirian.
Siapa nak cantik??? Ini petuanya................
Fitrah kejadian manusia yang bernama perempuan atau wanita menginginkan cantik, lawa, molek, elok, segak, beautiful, pretty dan banyak lagi istilah yang boleh digunakan. Mereka tercipta dengan nafsu sebegitu, suka akan perhiasan untuk mencantikkan diri. Kekadang wanita hingga terlupa akan pencipta-Nya yang sudah dari fitrah membuat mereka cantik. Di sana-sini mereka ingin ubah. Rambut yang lurus nak kerinting dan sebaliknya, muka yang gelap nak dicerahkan macam Micheal Jackson, hidung yang kecil nak dimancungkan dan banyaklah yang ingin dilakukan hanya untuk puaskan hati sendiri yang tidak pernah puas sebenarnya. Terimalah sesuatu dengan redha, kerana sesuatu yang dicipta Allah itu memang sesuai untuk kita. Tidak kira lelaki atau perempuan, kita semua sama di sisi Allah. Cantik itu terlalu subjektif, ada yang pandang kita tidak cantik tapi ada yang pandang kita cantik. Syukurlah sekurang-kurangnya kita lebih baik daripada haiwan.
Bukan ingin perkata tentang lelaki kerana cantik ini selalunya perempuan. Perempuan ingin cantik. Pakaian mereka pelbagai ragam, warna-warni, fesyennya berbagai ala, maniknya merata tempat dan banyak lagi. Jangan cakap lagi, makin nak cantik pakaiannya terbelah sana-sini, singkatnya tudung nampak habis segala yang ada, kaki indah yang melangkah ditayang kepada semua orang...hmmm...akal ini kekadang terfikir dan berfikir secara fitrah seorang muslim. Kenapa anak bangsa jadi begini? Budaya fesyen yang tidak lunas Islam jadi panduan. Al-Quran yang sekian lama khatam dilidah mereka tidak pula dijadikan panduan.
Cantikkah perempuan yang mendedahkan aurat? Mereka nak cantik dunia atau akhirat?
Siapa nak cantik? Semua akan kata "NAK!!!" Hanya orang yang tiada akal saja kot yang tidak ingin cantik, kerana orang terencat akal pun masih nak cantik. Tapi pilihan cantik yang mana diinginkan? Kalau hanya cantik yang dilihat manusia di dunia semata-mata, apa gunanya. Carilah cantik yang boleh bawa ke akhirat. Kecantikan yang Allah SWT ingin ada dalam diri muslim. Jagalah aurat. Cantiknya kekal hingga akhirat.....
Langgan:
Catatan (Atom)