Mana kasut aku??? Hmmm...tak habis-habis cerita pasal kasut. Tiada topik lain ke ingin dibualkan. Entahlah...rasanya cerita pasal kasut ini terlalu banyak yang boleh kita bualkan. Bukan hanya memakainya saja, tetapi boleh menghayati pelbagai pengajaran. Hari ini minda ini terlintas untuk berbicara lagi walaupun sedikit ingin aku kongsi bersama.
Setiap kali kaki ini melangkah, pastinya kasut sentiasa dipakai untuk menjaga keselamatan diri. Sekarang ini orang asli pun sudah pakai kasut, jadi kasut itu begitu important bagi semua orang. Hehehehe... Tidak kira sama ada penting atau tidak bagi kalian semua, tetapi bagi diri ini umpama bekalan yang perlu disediakan sebelum mengadap Allah. Kenapa saya kata begini??? Pelik!!!
Entahlah...tetapi kaki kita yang seharian melangkah ini harus mencari pahala dan meninggalkan dosa. Setiap perjalanan kita itu perlu diambil bekalannya. Langkah kita selamat jika mempunyai kasut yang mengalas tapak kaki dan semakin selamat jika membawa beg yang terisi barangan keperluan untuk perjalanan sebagai musafir. Begitu juga kita boleh umpamakan kasut dan beg ini seperti iman dan taqwa. Kaki selamat kerana ada kasut (iman) dan beg yang punya kelengkapan (taqwa).
Betul ke apa yang saya tulis ini??? Fikirlah sendiri... Kita semua diciptakan akal untuk digunakan sebaik mungkin. Perjalanan hidup aku masih panjang, kaki ini akan terus melangkah dengan iman di dada sebagai benteng mempertahankan diri dan akan terus mencari bekalan akhirat jadi taqwa akan sentiasa mengikuti iman agar tidak tersasar pilihan hidup ini.
Jadi adakah kasut dan beg@bakul boleh berkawan???HEHEHE...
Jangan difikir sangat benda yang merepek ini...ambillah pengajaran dari sesuatu yang baik saja...

