CINTA PILIHAN KITA
Cerita apa, hah??? Pertanyaan yang membuat aku mula berkerut dahi ini. Hehehe…terasa lucu pula. Masih tiada idea di akal yang waras aku ini. Saat tangan aku tiada pada keyboard ini, banyak pula ilham untuk aku menulis. Hmmm…hairan sungguh aku!!!
#$#$!$%^&!$%^!&^&^#*!&(*_)((*_)+(!*^#%!^……
Sudah blur akal aku memikir idea. Apa kata aku buat cerita? Anak muda masa kini hanya suka cerita kisah cintan-cintun saja. Entahlah, kenapa? Aku pun hairan. Apa yang mereka tahu tentang cinta? Apa yang unik tentang cinta mereka? Apa yang membara di hati mereka? Entahlah… Hanya mereka yang tahu. Siapa pula aku untuk mempertikai cinta mereka? Apa hak aku untuk menghalang mereka?
Tiada apa jawapan aku dari setiap pertanyaan ini. Aku insan biasa yang hanya suka berfikir tentang manusia. Kenapa manusia mencintai manusia lebih dari mencintahi pencipta-Nya? Hehehe… Pertanyaan lagi. Letih orang mendengar pertanyaan demi pertanyaan tanpa satu pun jawapan. Fikirlah beramai-ramai. Sia-sialah Allah memberi akal fikiran, jika kita tidak menggunakannya sebaik mungkin. Betul tak?
CINTA??? Siapa yang kita cinta? Kenapa kita bercinta? Hanya kita yang tahu dan Ilahi yang lebih mengetahui. Bukan menyindir sesiapa, tetapi peringatan kepada diri sendiri yang kerdil mengenal cinta.
Namun, hadirku mengajak kita semua mencari cinta yang kekal. CINTA KEKAL? Ada ke? Sudah tentulah ada kerana di dunia ini ada pencipta yang sifatnya kekal iaitu ALLAH S.W.T. Renungkanlah setiap baris ayat ini agar kita mampu mengerti.
Cinta terulung itu milik Allah. Cinta hakiki itu dari Ilahi. Cinta yang tida mati pastinya dari Yang Maha Kuasa. Tiada taranya cinta-Nya kepada manusia. Bukan itu saja, kekasih Allah iaitu Rasulullah pemimpin seluruh masyarakat dunia juga mencintai kita sehebat kasih tuhan. Tetapi pernahkah kita mencintai Allah dan rasul sehebat itu? Nabi Muhammad S.A.W sehingga akhir hayatnya hanya menyebut perkataan “umati…umati…umati…” Lihatlah bertapa kasih dan cintanya Rasulullah kepada kita semua.
Sayang sekali, kita hanya tahu mencintai dengan nafsu. Berkasih-sayang tanpa redha Ilahi. Mana kasih kita kepada agama? Pernahkah kita terfikir? Bertubi soalan yang keluar dibenak hati ini, namun jawapan masih menyepi. Hanya seribu satu alas an yang keluar dari bibir kita.
Sedarlah, mendekati zina itu sesuatu yang dilarang jadi fikirlah dengan mata hati yang berlandaskan syariat Islamiah bukan nafsu semata-mata. Jawapan hanya ada dalam diri kita. Jangan biar alas an bermaharajalela untuk menutup kesalahan diri. Pesanan ini bukan hanya untuk kalian, tetapi kepada diri aku yang kerdil dalam menimba ilmu Allah di muka dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan