Manusia yang cinta akan Allah itu sukar di cari. Hidup manusia kini hanya mencari kebendaan. Quran dan hadis hanya menjadi permainan buat manusia di dunia. Sesungguhnya cinta Allah yang hakiki dan abadi. Namun manusia sering alpa dan mengikut hawa nafsu semata-mata. Semoga rahmat Allah sentiasa ada kepada hamba-Nya. Amin... Ungkapan yang membawa seribu rahmat dan tanda syukur manusia kepada Sang Pencipta.
Jumaat, 1 Januari 2010
AKAL BERFIKIR???
Subhanallah…
Keagungan Allah S.W.T itu tiada tandingnya. Pujian hanya untuk Yang Maha Esa. Kenapa manusia tidak pernah memikirkan kekuatan yang tuhan tunjukkan ini dengan sesungguh hati mereka? Hari ini atau hari berikutnya, aku bukan ingin bersandiwara tetapi ingin membawa minda kita ini melihat anugerah Allah yang hebat dan tiada taranya ini.
Langkah aku hari ini tidaklah jauh, tetapi ilmu yang aku dapat hari ini membuatkan aku terfikir akan takdir yang berlaku kepada diri ini. Saat diri meminta kemudahan daripada Allah, tiba-tiba Allah berikan kesukaran. Pernahkah kita terfikir kenapa itu yang terjadi? Sebenarnya, kesukaran yang Allah ciptakan itu hasil daripada doa yang kita pinta supaya dipermudahkan urusan. Percaya atau tidak? Renung-renungkanlah…
Jika manusia tidak diberikan tekanan, bagaimana manusia ingin menjadi orang yang kuat dalam mengharungi hidup di dunia ini? Pernahkah terfikir dek akal kita ini? Kenapalah cetek sangat akal kita bila berfikir? Sedangkan sang rama-rama yang ingin keluar dari kepompongnya pun harus berusaha gigih untuk keluar untuk menjadi rama-rama yang hebat. Jika saat itu, ada insane yang cuba membantu membuka kepompongnya nescaya rama-rama yang keluar tidak akan sempurna dirinya.
Percaya atau tidak? Cubalah buka kepompong rama-rama, kalian semua akan tahu jawapannya. Semua makhluk tuhan di muka bumi ini penuh dengan keunikan masing-masing. Jadi hargailah apa yang telah Allah S.W.T berikan. Hmmm…keluhan kita seharian bila menghadapi dugaan yang sebenarnya mampu kita tangani kerana Allah S.W.T selalu menguji dengan ujian yang standing dengan hamba-Nya itu.
Syukurilah nikmat tuhan itu. Aku hanya hamba kerdil yang mencari redha Ilahi. Bagaimana dengan kalian semua? Mungkin banyak pertanyaan dalam penulisan ini, tapi jawapannya hanya ada pada kita. Jika Islam benteng hidup kita…InsyaAllah jawapan kita pasti berpanduankan syariat tetapi kalau Islam hanya hiasan bibir semata-mata nescaya jawapan kita juga berbeza. Setiap ini punya akal untuk berfikir, jadi buatlah sesuatu yang terbaik untuk diri sendiri. Salahkah jika aku menjadi teman yang saling mengingati sesame manusia? Supaya kelak di syurga Firdausi kita akan bertemu dalam senyum riang mengadap Ilahi. AMIN…
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan