Rabu, 16 Februari 2011

Kenapa umat muslim suka fesyen orang bodoh????

     Kenapa orang muslim suka fesyen orang bodoh? Dari kepala sampai ke kaki meniru budaya barat dan bukan muslim. Berapa banyak pereka fesyen dunia yang memperagakan pakaian muslim adalah pereka bukan muslim? Kenapa kita ingin pakai pakaian muslim yang direka oleh orang bukan muslim?Mereka rosakkan kita dengan pakaian mereka. Pakai tudung seperti tidak pakai mana tidaknya rambutnya terjuntai dibelakang ataupun di depan, sanggulnya tinggi seperti sabda Rasulullah SAW bagai bonggol unta (dah teringin sangat nak jadi unta ke???), pakaiannya jarang hingga nampak apa yang tidak patut, kekadang yang memakai inner ketatnya bukan kepalang maka nampak juga bentuk tubuh yang mengiurkan dan banyak lagi fi'il orang bukan Islam jadi ikutan. 
      Fesyen orang bodoh? Jahil itu bodohkan? Jadi pakaian sebegitu hanya pakaian orang zaman jahiliyah, namun anak-anak muda sekarang yang punya ilmu tapi bodoh. Kerana apa? Fesyen orang bodoh yang mereka ikut, maka bodohlah mereka. Pernahkah kita dengar firman Allah SWT "Seseorang yang mengikut cara kafir, maka kafirlah ia" (lebih kurang gitulah...HARAP MAAF JIKA SALAH) Jadi jika ikutan orang jahil yang kita ikut, maka jahil jugalah kita. Fikir dan renung.
"Bukan mengutuk sesiapa, tetapi memberi nasihat kepada diri sendiri dan orang lain yang ingin mencari redha Allah, cantik dipandang manusia, tetapi HODOH dipandang Allah SWT...apa gunanya??"
        

PERHATIAN : Bukan orang bijak pandai tentang agama, tetapi insan yang sayangkan golongan           hawa seutuh hati. Jika ingin ke syurga ingin bersama semuanya, bukan sendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan