Rabu, 16 Februari 2011

Siapa nak cantik??? Ini petuanya................

Fitrah kejadian manusia yang bernama perempuan atau wanita menginginkan cantik, lawa, molek, elok, segak, beautiful, pretty dan banyak lagi istilah yang boleh digunakan. Mereka tercipta dengan nafsu sebegitu, suka akan perhiasan untuk mencantikkan diri. Kekadang wanita hingga terlupa akan pencipta-Nya yang sudah dari fitrah membuat mereka cantik. Di sana-sini mereka ingin ubah. Rambut yang lurus nak kerinting dan sebaliknya, muka yang gelap nak dicerahkan macam Micheal Jackson, hidung yang kecil nak dimancungkan dan banyaklah yang ingin dilakukan hanya untuk puaskan hati sendiri yang tidak pernah puas sebenarnya. Terimalah sesuatu dengan redha, kerana sesuatu yang dicipta Allah itu memang sesuai untuk kita. Tidak kira lelaki atau perempuan, kita semua sama di sisi Allah. Cantik itu terlalu subjektif, ada yang pandang kita tidak cantik tapi ada yang pandang kita cantik. Syukurlah sekurang-kurangnya kita lebih baik daripada haiwan. 
Bukan ingin perkata tentang lelaki kerana cantik ini selalunya perempuan. Perempuan ingin cantik. Pakaian mereka pelbagai ragam, warna-warni, fesyennya berbagai ala, maniknya merata tempat dan banyak lagi. Jangan cakap lagi, makin nak cantik pakaiannya terbelah sana-sini, singkatnya tudung nampak habis segala yang ada, kaki indah yang melangkah ditayang kepada semua orang...hmmm...akal ini kekadang terfikir dan berfikir secara fitrah seorang muslim. Kenapa anak bangsa jadi begini? Budaya fesyen yang tidak lunas Islam jadi panduan. Al-Quran yang sekian lama khatam dilidah mereka tidak pula dijadikan panduan.
Cantikkah perempuan yang mendedahkan aurat? Mereka nak cantik dunia atau akhirat? 
Siapa nak cantik? Semua akan kata "NAK!!!" Hanya orang yang tiada akal saja kot yang tidak ingin cantik, kerana orang terencat akal pun masih nak cantik. Tapi pilihan cantik yang mana diinginkan? Kalau hanya cantik yang dilihat manusia di dunia semata-mata, apa gunanya. Carilah cantik yang boleh bawa ke akhirat. Kecantikan yang Allah SWT ingin ada dalam diri muslim. Jagalah aurat. Cantiknya kekal hingga akhirat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan