Pertanyaan yang mungkin akan menjadi suatu isu hangat di kalangan generasi sekarang. Terlalu banyak yang menyiarkan mengenai kes ini. Saat membaca mengenai apa yang terjadi di negara yang dianggap aman oleh seluruh masyarakatnya sebenarnya tidak. Masakan aman seperti ini, insan yang tidak berdosa dibuang, dibunuh dan banyak lagi. Semua yang menimpa negara suatu petanda bahawa betapa teruknya gejala sosial yang melanda jiwa anak bangsa Malaysia. Mungkin fokus ini terhadap pembuangan bayi, namun jika dilihat dari segi umum kita boleh melihat segala ini terjadi dari sekecil-kecil peristiwa dahulu. Mari kita hayati seketika dan renunglah dengan iman di hati.
“Lantaran perkenalan dua insan yang aku berikan nama Yus dan Mazni yang membawa kepada istilah lagi hebat ‘couple’. Wow! Sudah dapat gelaran yang terbaik bagi dua sejoli ini. Ke hulu ke hilir tidak pernah lekang semenjak kenalan pertama mereka. Permulaan perkenalan si dara, Mazni masih malu-malu seperti perempuan Melayu terakhir. Si teruna, Yus pula lemah-lembut mejaga hati si dara bimbang akan sensitif (biasalah perempuan). Perkenalan yang agak lama, mungkin hampir berbulan juga mereka mula berkepit, pegang tangan, berpeluk tampar dan banyak lagi pekara terlarang yang mereka lakukan kerana selalu bertemu. Namun, tuhan menciptakan manusia ini dengan nafsu. Berbohonglah orang yang mengatakan dia tidak pernah tergoda. Macam mana boleh pegang tangan kalau tidak tergoda? Hmmm... Akhir permulaan baru bagi kisah Mazni dan Yus yang telah menjalinkan hubungan yang lebih serius iaitu suatu yang tidak wajar dilakukan oleh insan yang belum dijab kabulkan. Mereka menyatakan ini sebagai bukti cinta sejati, berkorban jiwa dan raga.”
Renunglah wahai teman, apa pula yang bakal terjadi. Telah berapa dosa yang aku nyatakan di dalam cerita pendek itu :
- Bercinta, apa hukumnya? (terlalu banyak pendapat, aku juga tidak mampu mengulasnya)
- Bersentuh lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya.
- Melakukan perkara yang dilarang Allah SWT.
Hmmm...orang pasti akan jawab “Ini perkara biasalah, selalu jer tunjuk kat media”. Apa perasaan insan yang begitu prihatin terhadap gejala ini? Sedih mereka. Lanjutkan cerita tadi.
“Cinta yang mereka buktikan, telah betul-betul terbukti dengan wujudnya seorang insan di dalam perut Mazni. Adakah lelaki mahu bertanggungjawab? Berapa ramai lelaki yang mengaku itu anak mereka setelah berlaku perkara sebegini? Yang pastinya, bila semua ini lelaki melarikan diri dan perempuan menanggung malu. Jadi apa yang akhirnya mereka lakukan? Tidak mustahil mereka akan melakukan dosa yang seterusnya iaitu membuang anak, menggugurkan anak dan sebagainya. Maka Mazni mungkin juga melakukan perkara yang sama seperti orang lain setelah dia membuat kesalahan sebelumnya dan terus melakukan kesalahan. Manakala Yus juga sama, namun aibnya lebih kepada golongan wanita.”
Jika difikirkan sematang-matangnya, kita akan sedar segala sesuatu itu bermula dari permulaan yang kecil. Api yang kecil juga boleh bertukar menjadi besar. Manusia juga membesar. Tumbuhan, haiwan dan banyak lagi benda di dunia ini akan sentiasa berubah.
Siapa yang patut dipersalahkan? Tanyalah diri anda masing-masing supaya anda bisa menilai apa yang sepatutnya. Sesungguhnya Allah SWT ciptakan akal fikiran untuk kita gunakan ke arah berfikir, namun diberi seketul daging yang dikenali sebagai hati untuk berfikir melalui akal dan hati yang penuh iman. Sebaik-baik tindakan adalah berpandukan ajaran agama Allah SWT yang disampaikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.




manusia diciptakan mempunyai nafsu...
BalasPadamterpulang pada individu itu sendiri samada kuat untuk menahan segala godaan di dunia fana ini...
jika kuat kekuatan iman kita pada Allah, maka nescaya kita tidak akan terlibat dalam gejala2 seperti ini...apa pun yang ingin kita lakukan, ingat lah bahawa Allah sentiasa melihat..
allah maha mengetahui...