Rabu, 4 Ogos 2010

AIR TEH DAN ARAK!!!

Salam Ukhwah buat semua...
Apa pula tajuk yang ingin saya bualkan??? Hanya bualan kosong tapi diharap punya intipati yang luar biasa bagi renungan semua. Bukan melekehkan ramai orang tapi menyedarkan diri sendiri tentang kelalaian hidup yang mengejar duniawi semata-mata.
Sehari yang lalu, aku telah pergi ke konsert yang dianjurkan oleh universiti. Aku mengagumi tajuk yang dipaparkan, tapi aku merasakan hasilnya tidak seberapa. Motif memberi kesedaran kepada anak-anak bangsa tentang kekejaman Israel bagai tiada apa-apa dalam jiwa. Itulah saat yang aku rasakan ketika pergi. Ramai yang hanya perkatakan tentang kehadiran artis-artis jemputan berbanding motif sebenar konsert itu diadakan.
Ini hanyalah sebuah pendapat yang boleh difikir bersama. Hmmm...apa kaitan pula dengan tajuk teh dan arak yang ingin aku perkatakan ini.
Mari aku perjelaskan sedikit dan ia hanya sebuah pendangan anak remaja yang baru ingin belajar mengenal dunia untuk dikaitkan dengan akhirat. Air teh amat terkenal di Malaysia, terutama teh tarik yang amat disukai oleh seantero rakyat Malaysia. Teh juga sudah menjadi satu motif untuk mengenali Malaysia di mata dunia. Semua sedia maklum, teh merupakan minuman yang halal diminum. Manakala, penduduk dunia juga amat mengetahui arak merupakan minuman yang haram diminum oleh seorang muslim. Malah, ahli perubatan juga menyatakan arak tidak elok untuk kesihatan. Bukan cerita itu yang ingin dihuraikan, tapi fikirlah jika teh dicampurkan dengan arak. Hukumnya ternyata haram untuk seorang muslim meminumnya.
Jadi mari kita fikir sejenak sesuatu yang halal kita campurkan yang haram, pastinya jawapannya haram, kan??? Fikir dengan mata hati yang punya iman, bukan hanya berfikir dengan logik akal semata-mata. Anak-anak kini hanya fikir untuk tarik anak muda dengan hiburan saja, maka sampai bila pun anak muda lebih melihat hiburan teru-menberus tanpa halangan.
Aku bukanlah seorang yang hebat, tapi aku juga ingin kita sama-sama membawa generasi kita ke arah yang terbaik. Bagaimana ingin kita bentuk sahsiah orang lain tanpa ada perubahan sahsiah yang baik dalam diri sendiri. Semoga kita sama-sama bisa berjuang. Jangan biarkan orang meletakkan arak ke dalam teh yang kita minum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan