Rabu, 6 Oktober 2010

KAKI INI LEKA!!!

Kaki ini leka melangkah tanpa menghirau apa yang terjadi di belakang kita. Setiap kali kita mula melangkah, pernahkah kita terfikir apa yang kita ingin mulakan? Di mana kita letakkan anggota yang Allah SWT berikan? Adakah kita guna ia sebaik mungkin? Fikir dan renungkanlah seutuhnya... Kadang-kala kita buta melihat dunia, walaupun mata kita celik. Alpa melihat kepentingan dunia, hingga bimbang hal dunia melebihi akhirat. Pernah tak kita rasa sebegitu? Fikirlah kerana akal yang tercipta untuk kita guna bukan simpan. Bandingkanlah diri kita dengan selemah-lemah makhluk untuk rasa bersyukur. Tetapi, bandingkanlah diri ini dengan sehebat-hebat makhluk untuk jadi yang lebih baik dan beriman kepada Yang Maha Kuasa. 
"Lihatlah kekuasaan Allah SWT. Indahnya. Siapa yang mampu menciptanya? Tiada siapa yang mampu buat sehebat ini."
Terlalu banyak yang Allah SWT beri kepada hambaNYA. Tetapi hambaNYA terlalu alpa dan bangga pada sesuatu yang bukan milik mereka. Itulah manusia. Leka setiap kali bertambah ilmu dalam diri. Ingatlah kita tidak sehebat mana untuk dibandingkan dengan Allah SWT. Jadi kenapa sukar sangat untuk ikut perintahNYA? Sedangkan bumi yang kaki kita pijak ini adalah miliknya. Percayalah kita tidak hebat. Tetapi Allah beri kita jadi hebat lebih dari makhluk ciptaanNYA yang lain. Bersyukurla dengan nikmat Allah SWT.

Alhamdulillah....ucapan yang perlu sentiasa tersemat di bibir agar kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan